RESYA Erdalina, 22, harap akhbar Harian Metro lebih banyak dijual di pasaran.
RESYA Erdalina, 22, harap akhbar Harian Metro lebih banyak dijual di pasaran.
Nor Syazrina Muhamad Tahir dan Annisa Nasuha Ismail


Kuala Lumpur: Penjualan akhbar Harian Metro di berpuluh premis myNEWS di Lembah Klang ternyata memudahkan pembaca untuk mendapat naskah harian berinformasi itu.

Tinjauan mendapati penjualan naskah Harian Metro di premis myNEWS mendapat sambutan hangat pembaca apabila ia didapati kerap habis awal di pasaran.

Salah seorang pembaca, Najwa Qistina Rasyidi, 22, mengakui akhbar Harian Metro adalah akhbar kegemarannya sejak di bangku sekolah.

Katanya, dia sering menantikan pendedahan berita menarik dan segar dilaporkan akhbar Harian Metro setiap hari.

"Ibu bapa saya memang selalu membeli surat khabar untuk kami sekeluarga membacanya bersama-sama. Walaupun berlaku ledakan teknologi maklumat dan platform digital namun kepuasan memegang serta membaca surat khabar sukar digambarkan.

"Saya masih membaca surat khabar secara fizikal kerana sudah dididik dari kecil." Dengan adanya surat khabar dijual di kedai serbaneka myNEWS, ini sangat memudahkan saya memperolehinya," katanya ketika ditemui di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Abdullah Hukum di sini, semalam.

Sementara itu pekerja makanan dan minuman (F&B), Resya Erdalina, 22, mencadangkan bilangan naskah Harian Metro ditambah bagi memenuhi permintaan pembaca,

"Sebaiknya akhbar Harian Metro diperbanyakkan terutama di kawasan tumpuan ramai bagi memudahkan pembaca membelinya," katanya.

Sementara itu Rata-rata peminat Harian Metro mengucapkan maju jaya terhadap penjualan naskah ini yang tidak lama lagi bakal menyambut ulang tahun yang ke-33 pada 28 Mac ini.

caption

Pix 1; NAJWA Qistina, peminat tegar akhbar sejak di bangku sekolah lagi.

Pix 2; RESYA Erdalina minta akhbar Harian Metro diperbanyakkan di lokasi umum

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Mac 2024 @ 4:45 PM