M KUMAR pada sidang media sempena Melancarkan Karnival Jelajah Ramadan MyFundAction 2024 di Masjid Jamek Bandar Baru Uda. FOTO Mary Victoria Dass
M KUMAR pada sidang media sempena Melancarkan Karnival Jelajah Ramadan MyFundAction 2024 di Masjid Jamek Bandar Baru Uda. FOTO Mary Victoria Dass
Mary Victoria Dass

Johor Bahru: Orang ramai mahupun keluarga mangsa kes pembunuhan, Mira Sharmila Samsusah, 32, atau Bella diminta bersabar dan memberi ruang kepada mahkamah untuk menjalankan perbicaraan.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, semua pihak seharusnya memberi ruang kepada perbicaraan yang sedang berjalan di mahkamah sebelum keputusan kes diumumkan.

"Siasatan dijalankan dan suspek dituduh, saya berpendapat selepas ini proses mahkamah berjalan dan membuat keputusan.

"Oleh itu kita jangan mengadili sesiapa sebagai orang awam.

"Kita ada mahkamah yang mulia perbicaraan akan berlangsung setiap yang terbabit akan diberi peluang untuk mempertahankan diri.

"Dia bela diri dan biarlah mahkamah yang mulia membuat keputusan," katanya.

Mengulas tindakan kakak Bella, Norhisham, 36, yang bersuara lantang menerusi hantaran di media sosial seolah-olah tidak berpuas hati dengan siasatan dijalankan, Kumar berkata pihaknya perlu meneliti kandungan bahan yang dimuat naik di Facebook.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Mac 2024 @ 12:59 PM