ASMIRUL Anuar Aris. FOTO arkib NSTP
ASMIRUL Anuar Aris. FOTO arkib NSTP
Noorazura Abdul Rahman


Alor Setar: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan, Asmirul Anuar Aris dilantik Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) negeri Kedah baharu bagi sesi 2023-2026.

Setiausaha AMANAH negeri, Rosley Che Ros dalam kenyataan berkata , jawatan Timbalan Pengerusi AMANAH negeri pula disandang oleh Johari Abdullah yang merupakan Naib Pengerusi AMANAH negeri sebelum ini.

Katanya, pelantikan itu adalah selaras dengan peruntukan perlembagaan Parti AMANAH Negara (Pindaan 2023).

"Pelantikan yang dibuat ini telah melalui proses syura yang merupakan prinsip utama dalam pentadbiran AMANAH serta dengan mengambil kira pandangan akar umbi di peringkat kawasan bagi memastikan amalan demokrasi terus subur," katanya.

Beliau berkata, AMANAH negeri yakin pelantikan Jawatankuasa Pengurusan AMANAH negeri Kedah Sesi 2023-2026 yang membabitkan gandingan penyandang dan tokoh baharu akan membantu memantapkan pentadbiran parti di semua peringkat bagi mengukuhkan jenteramenghadapi pilihan raya umum akan datang serta meningkatkan sokongan rakyat kepadaKerajaan Perpaduan di negeri Kedah.

Jawatan Pengerusi AMANAH negeri Kedah sebelum ini disandang oleh Datuk Dr Ismail Salleh yang memegang jawatan itu selama setahun apabila bekas pengerusinya, Datuk Phahrolrazi Zawawi dipecat selepas terbuka membantah keputusan AMANAH Nasional menukar kerusi Parlimen Jerai, Kedah dengan kerusi Parlimen Alor gajah, Melaka pada Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Februari 2024 @ 12:07 PM