Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Menantu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menghilangkan diri sejak Mei tahun lalu perlu pulang ke Malaysia bagi menghadapi pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT).

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, kertas siasatan membabitkan Muhammad Adlan Berhan, 48, sudah pun selesai.

"Jadi, kita sudah hantar kertas siasatan itu bagi pertuduhan di mahkamah," Katanya pada sidang media selepas Majlis Konvokesyen Pegawai Integriti Bertauliah (CEIO) kali ke-10 di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini, hari ini.

MUHAMMAD Adlan Berhan. FOTO Bernama.
MUHAMMAD Adlan Berhan. FOTO Bernama.

Pada Oktober tahun lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain mengesahkan menyerahkan dokumen diperlukan kepada Interpol untuk permohonan Notis Merah terhadap Muhammad Adlan dan peguam, Mansoor Saat, 69.

Sebelum itu, beberapa dokumen diperlukan, termasuk draf pertuduhan kes, membabitkan dua individu berkenaan diserahkan kepada PDRM bagi melengkapkan permohonan Notis Merah.

Semakan rekod oleh SPRM juga mendapati kedua-dua individu terbabit sudah meninggalkan Malaysia, masing-masing pada 17 Mei dan 21 Mei tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Februari 2024 @ 12:28 PM