Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Bukit Chagar di Johor. FOTO BERNAMA
Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Bukit Chagar di Johor. FOTO BERNAMA
BERNAMA

Johor Bahru: Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini, mengalami gangguan bekalan tenaga elektrik selama sejam, petang tadi.

Unit Komunikasi dan Korporat Pejabat Imigresen BSI menerusi hantaran di Facebook memaklumkan gangguan itu berlaku pada jam 4.15 petang, sebelum pulih sejam kemudian selepas tindakan pemulihan dilakukan pihak berwajib.

"5.15 petang, bekalan elektrik kembali pulih dan semua zon pemeriksaan beroperasi seperti sedia kala.

"Terima kasih diucapkan kepada semua pegawai yang bertugas di BSI, yang telah melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah serta dedikasi, bagi memastikan aliran pergerakan pelawat berjalan dengan lancar," menurut hantaran itu.

CIQ BSI mengalami gangguan bekalan elektrik buat kali kedua dalam tempoh beberapa bulan, selepas yang pertama pada Disember tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Februari 2024 @ 10:11 PM