SAIFUDDIN (tengah) ketika sidang media di Kementeriannya. Turut kelihatan, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Ruji Ubi (kiri) dan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (Keselamatan) Datuk Abdul Halim Abdul Rahman. FOTO Bernama
SAIFUDDIN (tengah) ketika sidang media di Kementeriannya. Turut kelihatan, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Ruji Ubi (kiri) dan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (Keselamatan) Datuk Abdul Halim Abdul Rahman. FOTO Bernama
Samadi Ahmad


Putrajaya: Polis akan bekerjasama dengan pihak agama negeri bagi memantau kegiatan lelaki mendakwa warganegara Maghribi yang dikenali dalam kalangan pengikutnya sebagai 'Mawla Mohamed Amin al-Hassani' yang mengaku mempunyai jalur keturunan ke-38 daripada Nabi Muhammad SAW.

Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, polis akan mengadakan pemantauan dari segi kententeraman awam melibatkan individu berkenaan termasuk pengikutnya.

Menurutnya, beliau mengesahkan individu berkenaan sering keluar masuk ke negara ini menggunakan pas sosial dan berada di negara ini selama 90 hari.

Katanya, mengikut rekod, beliau adalah warga Algeria dan menggunakan pasport perjalanan Perancis.

"Setakat ini terdapat dua perkara berbangkit iaitu sekiranya aktiviti yang dilakukan bersifat keagamaan dan elemen pelanggaran terhadap apa-apa juga undang- undang dan enekmen, tindakan adalah di bawah polis dan pihak agama negeri," katanya pada sidang media di kementeriannya di sini, hari ini.

Sebelum ini media melaporkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memantau kegiatan lelaki itu.

Saifuddin berkata, beliau juga mendapat maklumat Mawla Amin datang ke negara ini bagi membina pengaruh serta mendapatkan pengikut dari rakyat di negara ini.

Berita berkaitan:

Polis pantau Mawla, pengikut

Eksploitasi nasab suci Nabi

Mudir bina Kerajaan 9

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Februari 2024 @ 5:44 PM