KAMAL (kiri) merasmikan pelancaran Kempen Bina Semula Gaza. FOTO Samadi Ahmad
KAMAL (kiri) merasmikan pelancaran Kempen Bina Semula Gaza. FOTO Samadi Ahmad
Samadi Ahmad


Bangi: Penyenaraian tiga pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) Islam Malaysia yang aktif menguruskan bantuan ke Asia Barat dalam Terrorist Screening Centre atau Pusat Pemeriksaan Pengganas (TSC) oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) diharap tidak menjejaskan komitmen rakyat Malaysia untuk terus menghulurkan sumbangan.

Pengerusi Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCare), Datuk Seri Dr Kamal Nasaruddin Mustapha berkata, perkara ini agak mengejutkan kerana pihaknya berusaha gigih membantu dalam aspek kemanusiaan.

Menurutnya, beliau berpandangan pihak yang berwajib akan melakukan penyiasatan dan menyerahkan untuk menentukan kebenaran.

Katanya, MyCare mengenali dalam kalangan yang terlibat dalam misi kemanusiaan itu dan kesemuanya NGO komited dalam membantu suasana getir di Palestin.

"Walau bagaimanapun, dalam aspek kemanusiaan dan tanggungjawab NGO perlu pastikan mengikut peraturan serta garis panduan yang ditetapkanpihak yang berwajib dan tidak sesekali melanggar peraturan dan syarat yang ditetapkan," katanya pada Majlis Perasmian Bina Semula Gaza di sini, hari ini.

Semalam media melaporkan, tiga pemimpin daripada NGO Islam berasingan dari negara ini disenaraikan dalam Terrorist Screening Centre atau Pusat Pemeriksaan Pengganas (TSC) oleh FBI.

Susulan itu Kementerian Luar mengarahkan ketiga-tiga individu berkenaan tidak dibabitkan dalam Ops Ihsan yang menguruskan penghantaran bantuan kemanusiaan rakyat Malaysia kepada rakyat Palestin di Gaza.

Kamal Nasaruddin berkata,pihaknya akan sentiasa memastikan MYCare mengaudit setiap perbelanjaan dan penyampaian bantuan kepada penerima di seluruh dunia termasuk di Palestin,Turki dan Myanmar mengikut garis panduan ditetapkan.

Katanya, beliau berharap rakyat tidak mengambil tindakan terburu-terburu untuk melabel NGO terbabit sebelum diputuskan bersalah.

"Rakyat Malaysia perlu terus membantu rakyat di Gaza dan pada masa sama NGO juga perlu prihatin mengikut peraturanditetapkan agar bersih dan usaha murni ini tidak terjejas," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Februari 2024 @ 5:46 PM