KEADAAN trafik di Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan. FOTO Bernama
KEADAAN trafik di Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan. FOTO Bernama
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Plus Malaysia Berhad (Plus) membuka 13 'SmartLane' setakat jam 6.20 petang ini bagi membantu melancarkan pergerakan trafik susulan orang ramai mula pulang ke ibu kota dan destinasi selepas cuti Tahun Baharu Cina.

Pengurus Besar Kanan Operasi PLUS, Mohd Yusuf Abdul Aziz berkata, lokasi 'SmartLane' adalah di Kilometer (km) 259.4 - Km 260.4 Utara (Port Dickson -Seremban), Km 19.4 - Km 27.4 Utara (Senai Utara-Kulai), Km 27.8 - Km 19.1 Selatan (Kulai - Senai Utara), Km 4.2 - Km 1.8 Selatan (Persimpangan Dato Onn - Persimpangan Kempas) dan Km 307.4 - Km 297.1 Utara (Gua Tempurung - Gopeng).

Menurutnya, lokasi lain adalah di Km 367.3 - Km 354.0 Utara (Slim River - Sungkai), Km 439.5 - Km 435.5 Utara (Rawang - Sungai Buaya), Km 8.1 - Km 6.1 arah Utara (USJ - Seafield), Km 195.1 - Km 184 arah Selatan (Ayer Keroh - Jasin) dan Km 280 - Km 276.0 arah Selatan (Nilai - Bandar Ainsdale).

"Turut dibuka 'SmartLane' di km 155.3 - km 158.0 arah Selatan (Bandar Cassia - Jawi), Km 354.0 - Km 356.0 arah Selatan (Sungkai - Slim River) dan Km 107.5 - Km 113.5 (Layby Tikam Batu ) arah selatan," katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.

Mohd Yusuf berkata, aliran trafik juga perlahan di Gurun - Bertam, Permatang Pauh-Perai, Alor Pongsu-Jawi, Cangkat Jering - Bukit Berapit (kawasan mendaki ) dan Kuala Kangsar - Terowong Menora.

"Bagi wilayah tengah pula, trafik perlahan di Simpang Pulai - Gopeng, Gopeng-Tapah, Tapah-Bidor, Bidor-Sungkai, Sungkai-Slim River, Slim River-Sungkai, Tanjung Malim-Sungai Buaya dan Bandar Ainsdale-Nilai

"Bagi wilayah selatan, trafik perlahan di Simpang Ampat-Port Dickson (U), Ayer Keroh-Jasin, Jasin-Ayer Keroh, Tangkak- Bukit Gambir, Pagoh-Yong Peng dan Yong Peng-Sedenak," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Februari 2024 @ 8:21 PM