GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Bekas Ahli Parlimen Kapar dari Parti Keadilan Rakyat akan dituduh di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor esok.

Bekas Ketua PKR Cabang Kuala Selangor itu akan didakwa atas pertuduhan menggunakan perkataan yang mengaibkan.

Beliau akan didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM100.

Beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Kapar selama sepenggal iaitu antara 2008 hingga 2013.

Bagaimanapun bekas wakil rakyat itu melepaskan jawatan dan keluar dari PKRpada April 2018 selepas keahliannya dalam parti itu digantung pada Ogos 2017.

Beliau memenangi kerusi itu selepas bertanding mewakili PKR dan menewaskan penyandang kerusi itu dari Barisan Nasional (BN), Datin P Komala Devi dalam Pilihan Raya Umum 2008.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Februari 2024 @ 7:18 PM