KEADAAN enam unit rumah yang terbakar di Blok 70, Flat Sri Sabah, Cheras. FOTO Aizuddin Saad
KEADAAN enam unit rumah yang terbakar di Blok 70, Flat Sri Sabah, Cheras. FOTO Aizuddin Saad
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil

Kuala Lumpur: Usaha mengenal pasti punca kebakaran yang memusnahkan lima unit kediaman di Flat Sri Sabah, Cheras, di sini, malam tadi, masih berjalan,' kata Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Zam Halim Jamaludin.

"Siasatan masih dijalankan Unit Forensik, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

"Setakat ini, tiada perkembangan terbaharu," katanya dihubungi, hari ini.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan, lima unit rumah di blok berkenaan terbakar malam tadi, dan usaha memadam api berdepan kesukaran akibat sistem pencegahan kebakaran tidak berfungsi dengan baik.

Pada masa sama, tindakan penduduk memarkir kenderaan di bahu jalan turut menyukarkan pasukan bomba dan penyelamat untuk memadam kebakaran malah pasukan penyelamat terpaksa meminta bantuan trak tunda Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi mengeluarkan kenderaan yang menghalang jalan.

Kebakaran itu tidak membabitkan kemalangan jiwa.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Februari 2024 @ 12:48 PM