TANGKAP layar daripada video penstriman langsung TikTok yang menunjukkan kebakaran di Flat Sri Sabah.
TANGKAP layar daripada video penstriman langsung TikTok yang menunjukkan kebakaran di Flat Sri Sabah.
Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Beberapa rumah di Blok 70 Flat Sri Sabah, Cheras, di sini, terbakar malam ini.

Difahamkan, kebakaran itu membabitkan enam rumah di tingkat 17 blok berkenaan dengan pihak bomba sedang berusaha memadamkan kebakaran.

Menerusi video penstriman langsung di aplikasi TikTok dipercayai dirakam penduduk di blok bersebelahan, api didapati merebak dengan cepat.

Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur memaklumkan akan berkongsi maklumat kejadian itu nanti.

KEBAKARAN yang berlaku di tingkat 17 Flat Sri Sabah, Cheras. FOTO Ihsan Bomba.
KEBAKARAN yang berlaku di tingkat 17 Flat Sri Sabah, Cheras. FOTO Ihsan Bomba.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Februari 2024 @ 10:57 PM