Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani (dua dari kiri) menyerahkan replika cek Bantuan Awal Pengajian kepada Naib Canselor UMK, Prof Datuk Dr Razli Che Razak ketika majlis penyerahan minggu lalu. FOTO IHSAN YBR
Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani (dua dari kiri) menyerahkan replika cek Bantuan Awal Pengajian kepada Naib Canselor UMK, Prof Datuk Dr Razli Che Razak ketika majlis penyerahan minggu lalu. FOTO IHSAN YBR
Siti Rohana Idris


Kota Bharu: Yayasan Bank Rakyat (YBR) mengagihkan Bantuan Awal Pengajian (BAP) berjumlah RM100,000 kepada penuntut B40 Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

Bantuan itu membabitkan 100 penuntut semester 1 hingga 3 untuk peringkat diploma serta ijazah sarjana muda dengan masing-masing menerima RM1,000 setiap seorang.

Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani berkata, bantuan itu sebagai usaha membantu pelajar kurang berkemampuan meneruskan sesi pengajian sekali gus menunjukkan prestasi cemerlang.

"Selain itu penuntut terpilih juga dapat menggunakan bantuan ini untuk membuat pembelian kelengkapan pembelajaran sepanjang semester ini.

"YBR sentiasa prihatin dan menyokong dalam memberikan bantuan terutama kepada pelajar yang memerlukan untuk mendapat kualiti pendidikan lebih baik," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebagai rekod, seramai 4,274 murid dan penuntut institusi pengajian tinggi sudah menerima manfaat melalui bantuan awal pengajian YBR dengan jumlah peruntukan lebih RM616,000.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 Februari 2024 @ 2:22 PM