SHAMSUL Iskandar ketika melawat keluarga arwah Bella. FOTO Alias Abd Rani
SHAMSUL Iskandar ketika melawat keluarga arwah Bella. FOTO Alias Abd Rani
Alias Abd Rani


Batu Pahat: Keluarga kepada Mila Sharmilah Samsusah, 32, atau Bella yang didakwa dibunuh oleh teman lelakinya, sudah melantik peguam pemerhati.

Kakaknya, Norhisham Samsusah, 36, memaklumkan bahawa dua peguam dilantik adalah Aminatul Mardiah dan dibantu Hafidzah Hassan.

Katanya, pelantikan peguam itu bagi memastikan perbicaraan kes di mahkamah berjalan lancar.

Perbicaraan kes terhadap tertuduh Mohammad Haikal Mahfuz, 24, akan bermula pada 19 Februari ini selepas bacaan pertuduhan pertama pada 24 Januari lalu.

"Ramai yang menawarkan khidmat bantuan guaman ini dan keluarga memilih mereka berdua berdasarkan kriteria perkhidmatan diberikan.

"Tawaran yang diberikan juga adalah percuma," katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin di rumah sewa Bella, Taman Soga di sini, hari ini.

Kronologi kes pembunuhan Bella

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Februari 2024 @ 2:25 PM