Anggota bomba membuat pencarian mangsa terjun Sungai Kelantan di Jambatan Tendong  di permukaan sungai baru-baru ini. FOTO Arkib NSTP
Anggota bomba membuat pencarian mangsa terjun Sungai Kelantan di Jambatan Tendong di permukaan sungai baru-baru ini. FOTO Arkib NSTP
Hidayatidayu Razali

Kota Bharu: Solat hajat bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Nassuruddin Daud akan diadakan di Jambatan Tendong, Pasir Mas, Isnin ini.

Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK), Dr Ramli Hasnan Ramli berkata, solat hajat akan diadakan jam 9.30 pagi.

Katanya, sehubungan dengan itu, jalan sehala dari simpang empat Padang Layang, di sini, menghala ke simpang Tiga Tendong, Pasir Mas akan ditutup bermula 8 malam pada Ahad ini hingga 12 tengah hari Isnin ini.

"Penutupan jalan ini bagi tujuan keselamatan dan persiapan tempat di atas jambatan Tendong sempena majlis solat hajat bersama Menteri Besar Kelantan," katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Terdahulu media melaporkan, sebanyak 17 kes terjun jambatan direkodkan di Kelantan dalam tempoh empat tahun bermula 2021.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Februari 2024 @ 6:27 PM