YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bersalaman dengan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil sebaik berangkat tiba pada Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong ke-16 di Dataran Parlimen. FOTO BERNAMA
YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bersalaman dengan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil sebaik berangkat tiba pada Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong ke-16 di Dataran Parlimen. FOTO BERNAMA
BERNAMA

Kuala Lumpur: Liputan media bagi semua acara dan Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah amat menyeluruh dan amat baik.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata liputan media arus perdana dan alternatif serta penggunaan platform media sosial membantu mempamerkan keunikan adat istiadat serta sistem Raja Berperlembagaan yang diamalkan di negara ini.

Katanya peranan media amat penting untuk menyebar luas peristiwa penting dan bersejarah untuk tatapan rakyat Malaysia serta di peringkat antarabangsa.

"Saya amat berpuas hati dan bangga dengan usaha rakan-rakan media untuk liputan semua acara sempena keberangkatan balik Yang di-Pertuan Agong...kita meraikan sistem Raja Berperlembagaan.

"Saya percaya kita (media) berjaya memainkan peranan masing-masing di media arus perdana dan alternatif, malah kita lihat pelbagai kandungan di media sosial (berkaitan acara keberangkatan balik Seri Paduka)…syabas dan terima kasih warga media," katanya kepada Bernama di Dataran Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian selepas Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong sempena tamat tempoh pemerintahan Seri Paduka.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 January 2024 @ 11:25 AM