PENIAGA, Kamaruzaman Othman, 44, (dua, kiri) meneruskan perniagaan walaupun dalam keadaan banjir berikutan hujan lebat sejak semalam ketika tinjauan di Kampung Nibong, Kuala Berang. FOTO Bernama
PENIAGA, Kamaruzaman Othman, 44, (dua, kiri) meneruskan perniagaan walaupun dalam keadaan banjir berikutan hujan lebat sejak semalam ketika tinjauan di Kampung Nibong, Kuala Berang. FOTO Bernama
Zatul Iffah Zolkiply


Kuala Terengganu: Jumlah mangsa banjir di Terengganu terus meningkat kepada 2,105 mangsa setakat jam 12 tengah hari ini.

Kesemua mangsa daripada 605 keluarga itu berada di 27 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah iaitu Besut, Hulu Terengganu, Setiu dan Dungun.

Bagaimanapun, dua PPS di daerah Kemaman yang sebelum ini menempatkan 24 mangsa daripada enam keluarga ditutup selepas mangsa dibenarkan pulang ke kediaman mangsa secara berperingkat.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, Setiu merekodkan jumlah mangsa seramai 1,048 orang daripada 310 keluarga.

Kesemua penduduk yang terjejas itu ditempatkan di 10 PPS di daerah berkenaan.

Di Besut, jumlah mangsa yang terjejas menurun kepada 480 orang (132 mangsa) di lapan PPS berbanding 516 mangsa (147 keluarga) pagi tadi.

Sementara itu, di Hulu Terengganu, seramai 294 mangsa daripada 86 keluarga masih berlindung di lima PPS di daerah berkenaan.

Seramai 283 mangsa daripada 86 keluarga di empat PPS di Dungun.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 January 2024 @ 2:18 PM