PU Hafiz (dua dari kanan) memberi penerangan mengenai pendaftaran haji di Karnival Haji, Umrah Pelancongan kali kedua PJH di Hotel Movenpick, Sepang, hari ini.
PU Hafiz (dua dari kanan) memberi penerangan mengenai pendaftaran haji di Karnival Haji, Umrah Pelancongan kali kedua PJH di Hotel Movenpick, Sepang, hari ini.
Nurul Hidayah Bahaudin


Sepang: Lebih 20,000 pengunjung menghadiri Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan kali kedua yang diadakan di Pusat Konvensyen Hotel Movenpick, dekat sini, sejak ia bermula Jumaat lalu hingga hari ini.

Jumlah kehadiran itu merekodkan angka kehadiran luar jangkaan.

Pada karnival itu, orang ramai boleh mendapat maklumat terperinci dan tawaran menarik pakej haji secara terus daripada 25 syarikat berdaftar di bawah lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH).

Sementara, Pencetus Ummah (PU) Hafiz, iaitu ikon MIMM Travel & Tours Sdn Bhd, salah sebuah syarikat yang menyertai karnival itu berkata, sepanjang tiga hari pihaknya mendapat maklum balas memberangsangkan.

"Syarikat menerima pendaftaran seramai 500 bakal haji yang akan menunaikan ibadah haji musim ini menerusi pakej swasta.

"Banyak tawaran yang ditawarkan termasuk pakej hotel lima bintang di Makkah dan Madinah dengan harga berpatutan.

"Syarikat juga menawarkan pakej tinggal di hotel Aziziyah dan pakej menaiki Speed Haramain Train serta banyak lagi," katanya.

Karnival itu dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Na'im Mokhtar semalam.

MIMM dan 24 syarikat PJH, termasuk Tabung Haji Travel & Services Sdn Bhd (THTS) anak syarikat TH telah melalui proses penilaian yang ketat dan memenuhi syarat ditetapkan sebelum diberikan lesen.

MIMM Travel & Tours Sdn. Bhd mengucapkan tahniah kepada bakal jemaah yang terpilih untuk menunaikan ibadah haji musim ini.

"Semoga perjalanan ke hadapan penuh dengan keberkatan, keimanan dan kebahagiaan.

"Semoga juga setiap langkah yang diambil membawa keberuntungan dan kebaikan dalam perjalanan hidup," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 January 2024 @ 10:08 PM