Suspek wanita  berusia sekitar 30-an ditahan  jam 7.20 malam semalam ketika hadir bagi dirakamkan keterangan di Pejabat SPRM Kuala LumpurFOTO Ihsan SPRM
Suspek wanita berusia sekitar 30-an ditahan jam 7.20 malam semalam ketika hadir bagi dirakamkan keterangan di Pejabat SPRM Kuala LumpurFOTO Ihsan SPRM
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang bekas ketua jabatan sebuah syarikat insurans kerana meminta dan menerima wang rasuah dianggarkan RM500,000.

Wang itu adalah daripada pembekal perkhidmatan latihan dan perundingan untuk syarikat berkenaan sebagai balasan mengesyorkan pemberian kontrak kepada tiga syarikat.

Menurut sumber, suspek wanita berusia sekitar 30-an ditahan jam 7.20 malam semalam ketika hadir bagi dirakamkan keterangan di Pejabat SPRM Kuala Lumpur.

Susulan penahanan itu, suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pagi tadi dan perintah reman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 16 Januari 2024 terhadap suspek dikeluarkan oleh Majistret Atiqah Mohamed.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Fauzi Husin ketika dihubungi mengesahkan penahanan terhadap suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 January 2024 @ 8:52 PM