Cuti ehsan penting untuk kesejahteraan kakitangan yang sedang berduka dan menghadapi situasi yang mencabar. - FOTO Employment Hero
Cuti ehsan penting untuk kesejahteraan kakitangan yang sedang berduka dan menghadapi situasi yang mencabar. - FOTO Employment Hero
Muhamad Shaifullah Tayep

Kejadian kehilangan orang tersayang adalah antara pengalaman yang paling sukar untuk dilalui.

Ada dalam kalangan kita pernah menerima khabar duka ketika waktu bekerja sehingga memberi kesan ketara kepada 'mood', semangat dan daya tumpuan.

Pastinya, timbul perasaan sedih dan sukar untuk menumpukan perhatian apabila terpaksa berdepan dengan realiti bahawa rutin harian kita perlu diteruskan tanpa orang tersayang di sisi.

Sebagai rakan sekerja atau majikan, adalah menjadi kewajipan untuk menawarkan sokongan dan bantuan yang diperlukan supaya mereka dapat memberi tumpuan kepada urusan pengebumian dan tanggungjawab lain pada masa mencabar ini.

Bagi menyokong mereka yang berduka, pastikan kakitangan lain dimaklumkan mengenai kesan yang mungkin berlaku akibat kejadian ini.

Beberapa tugas perlu dikongsi bersama bagi mengurangkan beban, selain mewujudkan budaya belas kasihan di tempat kerja.

Galakkan rakan sekerja untuk menjadi kuat, memahami dan menyokong mereka yang sedang berduka.

Tegaskan bahawa setiap orang merupakan sebahagian daripada pasukan, tanpa mengira siapa, semua orang harus menyumbang untuk membantu sebanyak mungkin.

Jaga kesejahteraan ahli pasukan

Sebagai rakan sekerja atau majikan, galakkan mereka untuk mengambil cuti ehsan yang diberikan bagi menguruskan urusan pengebumian dan perkara penting lain.

Cuti ehsan penting untuk kesejahteraan kakitangan yang sedang berduka dan menghadapi situasi mencabar.

Ia dapat memberikan mereka ruang untuk bersedih dan menguruskan hal ehwal keluarga tanpa tekanan tambahan terhadap kewajipan kerja.

Pemberian cuti ehsan

Image

Walaupun Akta Pekerjaan tidak mewajibkan pemberian cuti ehsan, banyak syarikat yang memasukkan peruntukan ini ke dalam kontrak pekerjaan berdasarkan persetujuan bersama antara majikan dan pekerja.

Meskipun tanpa dokumen yang jelas, majikan masih boleh memutuskan untuk memberikan cuti ehsan atas permintaan kakitangan.

Memandangkan syarikat tidak diwajibkan untuk memberikan cuti ehsan, mereka mempunyai hak untuk menafikannya.

Bagaimanapun, tindakan sedemikian boleh menjejaskan kepercayaan dan kesetiaan pekerja.

Wujud ruang selamat

Image

Sekembalinya rakan sekerja daripada cuti ehsan biarpun selama lima hari pastinya tidak mencukupi kerana setiap orang menguruskan kesedihan secara berbeza.

Anda boleh menggalakkan komunikasi terbuka antara rakan sekerja dengan bertanya soalan seperti, "Bagaimana saya boleh membantu," atau "Apa yang anda perlukan?"

Fokus kepada memberikan sokongan yang tulen dengan meyakinkan mereka bahawa kesihatan mental adalah lebih penting.

Sebagai majikan pula, anda haruslah mengenali situasi setiap kakitangan.

Anda boleh cuba membangunkan 'rancangan kembali ke kerja' dengan beban kerja yang dikurangkan untuk mengelakkan mereka terasa terbeban.

Pendekatan ini dapat memupuk kepercayaan dan kesetiaan kakitangan, serta memudahkan mereka memberi tumpuan kepada penyembuhan emosi dengan tenang.

Proses memohon cuti ehsan

Cuti ehsan boleh dibayar atau tidak dibayar, bergantung kepada syarat yang digariskan dalam kontrak pekerjaan ataupun polisi syarikat.

Bukti kematian seperti sijil kematian mungkin perlu dikemukakan bagi mendapatkan kelulusan cuti ehsan.

Jika dinafikan, kakitangan yang berkabung boleh menggunakan cuti tahunan atau mengambil cuti tanpa gaji sebagai alternatif.

Syarikat di Malaysia biasanya menyediakan dua hingga lima hari cuti ehsan berbayar. Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada polisi syarikat yang berlainan.

Bilangan hari yang diberikan mungkin bergantung kepada hubungan pekerja dengan si mati.

Ahli keluarga terdekat mungkin menerima tempoh cuti ehsan yang lebih panjang berbanding dengan saudara yang lebih jauh seperti datuk dan nenek atau mertua.

Pun begitu, pemergian saudara jauh seperti ibu saudara, bapa saudara, sepupu dan rakan lazimnya tidak melayakkan pekerja mendapat cuti ehsan.

Mudahkan permohonan cuti ehsan

Berdepan dengan tempoh mencabar seperti ini adalah bahagian kehidupan yang tidak dapat dielakkan.

Oleh itu, majikan dan pengurus sumber manusia perlu bersedia untuk menghadapi situasi sebegini.

Justeru, pemilik syarikat perniagaan kecil dan sederhana (SME) digalakkan untuk mendapatkan penyelesaian sumber manusia hujung ke hujung yang ditawarkan penyedia seperti Employment Hero.

Employment Hero menawarkan pengurusan pekerjaan yang lengkap daripada pengambilan pekerja hinggalah tempoh bersara yang memudahkan urusan pemilik perniagaan.

Kontrak dan polisi pekerjaan boleh dihantar secara digital, termasuk polisi cuti ehsan semasa tempoh pengambilan.

Ia bagi memastikan bahawa pekerja dimaklumkan dengan baik mengenai hak dan kelayakan mereka ketika masa yang mencabar.

Employment Hero juga memudahkan pengurusan cuti melalui servis layan diri pekerja.

Kakitangan boleh menyemak baki dan memohon cuti secara digital serta memberitahu pihak pengurusan dengan automatik.

Sistem telus ini menyelaraskan proses memohon cuti ehsan, malah boleh diakses sama ada bekerja di dalam pejabat atau dari jauh.

Untuk maklumat lanjut mengenai perisian sumber manusia yang menyeluruh ini, layari laman web Employment Hero.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 January 2024 @ 1:30 PM