MUHAMMAD Saharuddin dilaporkan hilang pada 13 Disember lalu. FOTO Ihsan PDRM
MUHAMMAD Saharuddin dilaporkan hilang pada 13 Disember lalu. FOTO Ihsan PDRM
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil

Petaling Jaya: Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak 13 Disember lalu.

Muhammad Saharuddin Mat, 29, didakwa kali terakhir dilihat di rumah beralamat di Apartment Harmoni, Jalan PJU 10/4C, Damansara Damai di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Superintendan M Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata,

"Orang Hilang (OH) itu berkulit sawo matang dan kali terakhir dilihat di rumahnya pada 11.30 pagi.

"Fizikalnya kurus, tinggi, berambut pendek berwarna hitam dan memakai seluar panjang hitam serta baju-t biru ketika keluar dari rumah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

"Orang ramai juga boleh berhubung terus dengan bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-7966222," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Disember 2023 @ 4:29 PM