DATUK Seri Ramli Mohamed Yoosuf. FOTO Aswadi Alias
DATUK Seri Ramli Mohamed Yoosuf. FOTO Aswadi Alias
Suharmin Yusuf


Kuala Lumpur: Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman sudah menahan seramai 2,811 individu yang terbabit dalam jenayah siber dalam tempoh antara September hingga November lalu.

Pengarahnya, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, ia merangkumi jenayah telekomunikasi (1,145 individu), jenayah e-dagang (104 individu), love scam seramai (167 individu) dan jenayah e-dagang (1,395 individu).

"Hasil siasatan yang dijalankan membawa kepada pertuduhan bersabit 2,063 kertas siasatan," katanya.

Dalam pada itu, Ramli menasihatkan supaya masyarakat sentiasa berwaspada dan cakna dengan maklumat pencegahan yang dikongsikan PDRM.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Disember 2023 @ 3:03 PM