GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Fahmy A Rosli


Kuala Lumpur: Kes jangkitan Covid-19 di negara ini naik 87 peratus atau 6,796 kes pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-48 dari 26 Nov hingga 2 Dis lalu, berbanding 3,626 kes pada minggu ME sebelumnya.

Meskipun berlaku peningkatan kes, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, situasi Covid-19 masih terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada.

Katanya, selain Malaysia, peningkatan kes Covid-19 juga dilaporkan di peringkat global termasuk di negara jiran dan memberi jaminan bahawa Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa dalam mod bersiap siaga untuk terus memantau situasi dan varian Covid-19 dari semasa ke semasa.

"Kadar kemasukan pesakit Covid-19 (termasuk pesakit yang disyaki Covid-19) ke fasiliti kesihatan adalah 3.5 bagi setiap 100,000 penduduk dan 1.0 bagi setiap 100,000 penduduk adalah bergejala ringan.

"Pada ME 48/2023, pengisian katil Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 0.8 peratus, manakala peratus pengisian katil bukan kritikal Covid-19 pula adalah sebanyak 1.1 peratus," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Dr Muhammad Radzi mengesahkan setakat ini tiada varian baharu dikesan di Malaysia.

Tambahnya, tiada varian yang beredar secara tempat lebih mudah berjangkit atau menyebabkan penyakit yang lebih teruk.

"Sehingga ME 48/2023, 72.9 peratus daripada Variant of Concern (VOC) yang dikesan adalah terdiri daripada varian Omicron diikuti dengan 26.2 peratus daripada varian Delta dan selebihnya adalah varian Beta dan Alpha," katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan rujukan berkenaan pengurusan Covid-19 di Malaysia melalui pautan https://covid-19.moh.gov.my/garispanduan/garis-panduan-kkm

===

Kes jangkitan COVID-19 di negara ini naik 87 peratus, dari 3,626 seperti direkodkan pada Minggu Epidemiologi ke-48 (ME47/2023) kepada 6,796 kes pada ME48 (19 November hingga 25 November lalu).

Walaupun terdapat peningkatkan kes, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, berkata keadaan masih terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada.

Selain Malaysia, jelasnya peningkatan kes COVID-19 juga dilaporkan secara global termasuk di negara jiran lain sambil memberi jaminan Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa dalam mod bersiap siaga serta akan terus memantau situasi dan varian COVID-19 dari semasa ke sama.

"Kadar kemasukan pesakit COVID-19 (termasuk pesakit yang disyaki COVID-19) ke fasiliti kesihatan adalah 3.5 bagi setiap 100,000 penduduk dan 1.0 bagi setiap 100,000 penduduk adalah bergejala ringan.

"Pada ME 48/2023, pengisian katil Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 0.8 peratus, manakala peratus pengisian katil bukan kritikal COVID-19 pula adalah sebanyak 1.1 peratus," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Dr Muhammad Radzi mengesahkan setakat ini tiada varian baharu dikesan di Malaysia.

Tambahan pula, katanya tiada varian yang beredar secara tempat lebih mudah berjangkit atau menyebabkan penyakit yang lebih teruk.

"Sehingga ME 48/2023, 72.9 peratus daripada Variant of Concern (VOC) yang dikesan adalah terdiri daripada varian Omicron diikuti dengan 26.2 peratus daripada varian Delta dan selebihnya adalah varian Beta dan Alpha," katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan rujukan berkenaan pengurusan COVID-19 di Malaysia melalui pautan berikut: https://covid-19.moh.gov.my/garispanduan/garis-panduan-kkm

From: Fahmy

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Disember 2023 @ 6:35 PM