LAKARAN wajah mangsa. FOTO ihsan Polis
LAKARAN wajah mangsa. FOTO ihsan Polis
BERNAMA

Shah Alam: Polis Selangor hari ini mengesahkan wanita yang disimen dalam kolah sebuah rumah di Kampung Pendamar, Klang pada minggu lalu merupakan kekasih suspek utama iaitu Mandeep Singh, seorang warga India.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, mangsa yang juga dikenal pastidiburu polis.

"Wanita yang berketinggian 160 sentimeter itu, dipercayai telah dibunuh sebelum disimen di lokasi tersebut. Kita masih siasat berkaitan itu.

"Butiran suspek (Mandeep) telah diketahui dan waran tangkap akan diperolehi. Pihak polis juga akan minta bantuan Pesuruhjaya Tinggi India dan pihak polis negara itu untuk mengesan dan tangkap suspek ini," katanya ketika dihubungi Bernama.

Hussein berkata, setakat ini pihak polis merekodkan keterangan daripada 10 individu.

Pada 4 Disember lalu, polis mengesahkan penemuan mayat dalam keadaan disimen di dalam kolah di sebuah rumah di Kampung Pendamar dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Polis juga sedang mengesan dua lelaki warga asing iaitu Ranjit Singh dan Mandeep Singh yang merupakan penyewa di rumah berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Disember 2023 @ 5:46 PM