ANGGOTA Unit K9 tiba bagi membantu melakukan siasatan kes pembunuhan Allahyarham Zayn Rayyan di Apartmen Idaman, Damansara Damai. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
ANGGOTA Unit K9 tiba bagi membantu melakukan siasatan kes pembunuhan Allahyarham Zayn Rayyan di Apartmen Idaman, Damansara Damai. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
Muhaamad Hafis NawawiHafidzul Helmi MohamadSudirman Mohd Tahir dan Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil dan Suharmin Yusuf


Petaling Jaya: Orang ramai yang berkongsi dan menyebar sebarang maklumat palsu berkaitan kanak-kanak lelaki autisme mangsa bunuh, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, boleh disiasat polis serta dikenakan tindakan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abd Hamid berkata, orang ramai dinasihatkan supaya tidak berkongsi dan menyebarkan sebarang maklumat palsu.

Menurutnya, sekiranya didapati bersalah boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Proses bedah siasat dijalankan ke atas mangsa bermula jam 11 pagi kelmarin yang mengambil masa empat jam 30 minit.

"Hasil bedah siasat doktor pakar forensik Hospital Sungai Buloh mengesahkan kematian mangsa adalah disebabkan kesan kecederaan pada leher," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, kes diklasifikasikan semula daripada mati mengejut kepada siasatan kes bunuh memgikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman mati.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kehilangan mangsa mohon tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus ke Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03- 79662222.

"Mereka juga boleh berhubung terus dengan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Deputi Superintendan Muhammad Yusof Ahmad di talian 013-9760019, pegawai penyiasat kanan polis, Asisten Superintendan Mohd Hafizee Ismail di talian 013-3587571 dan pegawai penyiasat jenayah, Inspektor Nina Syamimi Syamsuddin di talian 017-5316415," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Disember 2023 @ 3:22 PM