SEBAHAGIAN mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baroh Pial. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
SEBAHAGIAN mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baroh Pial. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Hidayatidayu Razali


Kota Bharu: Keadaan banjir di Kelantan makin pulih apabila jumlah mangsa turun mendadak kepada 711 orang sehingga 9 malam ini berbanding 1,495 orang pagi tadi.

Susulan itu, dua pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup sepenuhnya hari ini selepas kediaman mangsa pulih daripada banjir.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa banjir masih berlindung di empat PPS itu terdiri daripada 229 keluarga.

Mereka ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Gual To' Deh menempatkan 338 mangsa daripada 112 keluarga dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baroh Pial (167 orang, 55 keluarga).

Dua lagi PPS yang menempatkan mangsa banjir adalah SK Gual Periok (136 mangsa daripada 41 keluarga) dan SMK Gual Periok (70 orang, 21 keluarga).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Disember 2023 @ 10:40 PM