Pengarah International Releif and Humanitarian Outreach (iReach) Johan Ariff menyantuni kanak-kanak yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sekitar Kampung Padang Licin hari ini. FOTO BERNAMA

BERNAMA

Kota Bharu: Jumlah mangsa banjir di jajahan Pasir Mas berkurangan kepada 1,495 orang daripada 502 keluarga setakat 9 pagi ini berbanding 1,581 orang daripada 527 keluarga malam tadi.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa sedang berlindung di enam pusat pemindahan sementara (PPS) di jajahan itu.

PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Gual To' Deh menempatkan 559 mangsa daripada 187 keluarga, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gual Periok (108 mangsa daripada 30 keluarga) dan SMK Baroh Pial (224 mangsa daripada 85 keluarga).

Sebanyak 35 mangsa daripada 10 keluarga sedang berlindung di PPS SK Kedai Tanjong, SK Gual Periok (249 mangsa daripada 71 keluarga) dan Masjid Mukim Padang Licin (320 mangsa daripada 119 keluarga).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Disember 2023 @ 10:09 AM