SERAMAI 300 kakitangan MDEC ikrar bebas rasuah. FOTO Ihsan SPRM.
SERAMAI 300 kakitangan MDEC ikrar bebas rasuah. FOTO Ihsan SPRM.
Suharmin Yusuf


Kuala Lumpur: Seramai 300 kakitangan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) melafaz ikrar bebas rasuah secara bersemuka dan dalam talian, semalam.

Majlis ikrar itu yang disertakan pelancaran Pelan Antirasuah Organisasi (OACP), disaksikan Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat Suruhanjaya Pencegahan Rahsuah Malaysia (SPRM), Azmin Yusoff.

SPRM dalam kenyataan berkata, ikrar itu yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif MDEC Tan Sri Mahadzir Aziz membuktikan komitmen kepimpinan agensi berkenaan memerangi rasuah dalam kalangan warga kerjanya.

MDEC turut menzahirkan penghargaan atas kerjasama SPRM dan bimbingan diberikan dalam pelaksanaan OACP yang objektifnya untuk menambah baik tatakelola tadbir urus dan memperkasa usaha pencegahan rasuah di Malaysia.

Hadir sama pada majlis berlangsung di Cyberjaya itu adalah Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching dan Pengerusi MDEC Syed Ibrahim Syed Noh.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Disember 2023 @ 9:52 PM