KEADAAN di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Gual To’Deh. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
KEADAAN di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Gual To’Deh. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
BERNAMA

Kota Bharu: Jumlah mangsa banjir di jajahan Pasir Mas kekal 3,260 orang daripada 989 keluarga setakat 8 pagi ini sama seperti direkodkan malam tadi.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa sedang berlindung di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) di jajahan itu.

Di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi menempatkan 590 mangsa daripada 108 keluarga, SK Gual To'Deh (792 mangsa daripada 258 keluarga), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gual Periok (153 mangsa daripada 41 keluarga) dan SMK Baroh Pial (664 mangsa daripada 240 keluarga).

Tiga lagi PPS iaitu SK Kedai Tanjong memberi perlindungan kepada 58 mangsa daripada 18 keluarga, SK Gual Periok (256 mangsa daripada 75) dan Madrasah Tasek Bakong (82 mangsa daripada 23 keluarga).

Sebanyak 320 mangsa daripada 119 keluarga sedang berlindung di Masjid Mukim Padang Licin, manakala SK Sri Kiambang menempatkan 345 mangsa daripada 107 keluarga.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Disember 2023 @ 9:06 AM