MUHAMMAD Khairul Ikhwan hilang sejak 26 Okt. FOTO Ihsan Polis.
MUHAMMAD Khairul Ikhwan hilang sejak 26 Okt. FOTO Ihsan Polis.
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Petaling Jaya: Kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dilaporkan hilang sejak 26 Oktober lalu.

Susulan itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan hebahan pencarian dalam usaha mengesan kanak-kanak itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kali terakhir kanak-kanak lelaki itu berada di rumahnya di Desa Mentari pada jam 1.30 tengahari.

"Polis menerima laporan pada 24 November lalu memaklumkan kanak-kanak lelaki bernama Muhammad Khairul Ikhwan Muhammad Rashid hilang.

"Mangsa berkulit sawo matang, berbadan kurus, berambut pendek dan memakai seluar hitam ketika keluar rumah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan mangsa mohon tampil ke Balai Polis berhampiran atau berhubung terus ke bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03- 79662222.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 6 Disember 2023 @ 12:22 AM