IBU bapa dan anak-anak menunggu di bahagian pesakit luar di sebuah hospital kanak-kanak di Beijing pada 23 November susulan peningkatakan penyakit 'influenza-like illness' . FOTO AFP
IBU bapa dan anak-anak menunggu di bahagian pesakit luar di sebuah hospital kanak-kanak di Beijing pada 23 November susulan peningkatakan penyakit 'influenza-like illness' . FOTO AFP
Nur Elysa Amirah Suhaimi


Kuala Lumpur: Tiada keperluan untuk menutup pintu sempadan antarabangsa susulan kewujudan penyakit misteri di China, kerana Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa memantau dan bersiap siaga berdepan pelbagai kemungkinan.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, maklumat lengkap mengenai penyakit misteri 'white lung syndrome' atau sindrom tompokan putih paru-paru di China belum diketahui tetapi setakat ini, keadaan di China tidak begitu serius.

"Kita harus sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan patuhi prosedur operasi standard (SOP).

"Malah KKM sedang membuat pemantauan sebagai persediaan menerima pengunjung dari China, kelengkapan sepatutnya," katanya.

Menurutnya, kawalan kendiri harus dipraktikkan walaupun tiada lagi kewajipan dalam pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal.

"Jauhi tempat yang sesak dan memakai pelitup muka antara langkah yang perlu diamalkan untuk menghindari dari jangkitan penyakit seperti ini," katanya.

Menurutnya, penurunan imuniti badan selepas tempoh vaksin (enam bulan) dan keadaan cuaca yang tidak menentu juga antara faktor kemunculan penyakit membabitkan saluran pernafasan.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan pengecualian visa selama 30 hari kepada pelancong China dan India mulai 1 Disember.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Disember 2023 @ 6:29 PM