ANTARA kampung di Rantau Panjang yang ditengelami banjir akibat  limpahan sungai Golok. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
ANTARA kampung di Rantau Panjang yang ditengelami banjir akibat limpahan sungai Golok. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
BERNAMA

Kota Bharu: Jumlah mangsa banjir di Pasir Mas, satu-satunya jajahan yang masih terkesan banjir terus meningkat kepada 4,631 mangsa daripada 1,508 keluarga setakat 2 petang ini berbanding 4,530 orang daripada 1,462 keluarga pagi tadi.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa kini berlindung di 12 pusat pemindahan sementara (PPS) di jajahan itu.

Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi menempatkan 903 mangsa daripada 296 keluarga, SK Sri Rantau Panjang (2) (711 mangsa daripada 243 keluarga), SK Gual To'Deh (813 mangsa daripada 264 keluarga) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gual Periok (153 mangsa daripada 41 keluarga).

Sebanyak 39 mangsa daripada 11 keluarga ditempatkan Madrasah Tasek Bakong, Masjid Mukim Padang Licin (131 mangsa daripada 55 keluarga), SK Sri Kiambang (345 mangsa daripana 107 keluarga) dan SMK (A) Lati (84 mangsa daripada 22 keluarga).

Empat lagi PPS iaitu SK Chicha Tinggi menempatkan 255 mangsa daripada 71 keluarga manakala 223 mangsa daripada 62 keluarga berlindung di SK Lati, SMK Baroh Pial (705 mangsa daripada 257 keluarga) dan SK Gual Periok (269 mangsa daripada 79 keluarga).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Disember 2023 @ 3:37 PM