Noor Atiqah Sulaiman


Chukai: Calon PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyifatkan kemenangan dengan majoriti besar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman hari ini sebagai 'game changer' serta pembuka 'pintu' kepada Perikatan Nasional (PN) menuju Putrajaya.

"Terima kasih semua. Apa yang kita hadapi hari ini di Parlimen Kemaman, dengan majoriti tinggi hasil kerja kuat semua akan menjadi 'game changer' dan akan 'buka pintu' untuk kita menuju Putrajaya," katanya.

Beliau berkata demikian melalui ucapan sulungnya selepas diumumkan sebagai pemenang pada PRK Kemaman di hadapan ribuan penyokong PAS dan PN yang berhimpun di Arena Square Kemaman, di sini.

Dalam pada itu, Ahmad Samsuri menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang bertungkus lumus sehingga membawa kepada kemenangan PAS dalam PRK Kemaman hari ini.

"Kepada semua yang berada di hadapan saya, kepada pengundi Parlimen Kemaman, penduduk dalam daerah Kemaman, semua petugas dan jentera daripada Kemaman dan kepada DUN di Terengganu, terima kasih saya ucapkan.

"Terima kasih kepada semua yang datang dari negeri di seluruh Malaysia yang turut sama hadir ke Parlimen Kemaman, untuk bersama terbabit dalam aktiviti proses demokrasi pilihan raya

"Sekali lagi, dari sudut hati saya, terima kasih dan saya akan ingat perjalanan ini sampai bila-bila," katanya.

PAS menyifatkan kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman ini sebagai satu 'game changer' serta pembuka pintu parti itu untuk menakluk Putrajaya.

Calon PAS bagi PRK Kemaman, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dalam ucapan sulungnya selepas memenangi pilihan raya itu berkata, kemenangan dengan majoriti yang lebih besar itu diperoleh adalah hasil kerja kuat penyokongnya.

"InsyaAllah dengn apa yang kita hadapi hari ini di Parlimen Kemaman, dengan majoriti yang begitu tinggi adalah hasil kerja kuat tuan-tuan sekalian, ini juga adalah sebagai game changer dan pembuka pintu untuk kita menuju ke Putrajaya,"katanya.

Sebelum ini, Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Parlimen Kemaman, Ahmad Farhan Abdul Wahab mengumumkan Dr Ahmad Samsuri memenangi Parlimen Kemaman sekaligus mempertahankan kerusi yang dimenangi parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Ahmad Farhan berkata Dr Ahmad Samsuri memenangi PRK itu dengan dengan majoriti undi lebih tinggi iaitu sebanyak 37,220 undi. Ia melebihi 10,041 undi berbanding penyandang sebelum ini, Che Alias Hamid yang memperoleh majoriti sebanyak 27,179 undi.

Dalam pilihan raya berkenaan, Dr Ahmad Samsuri mendapat 64,998 undi, manakala lawannya yang juga calon Barisan Nasional (BN), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor mendapat 27,778 undi.

Sementara itu, dalam ucapan yang sama Dr Ahmad Samsuri turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas pengorban mereka sehingga parti berkenaan berjaya mengekalkan kerusi terbabit.

"Kepada semuayang berada di hadapan saya, kepada pengundi Parlimen Kemaman, penduduk dalam daerah Kemaman, semua petugas dan jentera daripada Kemaman dan kepada DUN di Terengganu, terima kasih saya ucapkan.

"Terima kasih kepada semua yang datang dari negeri di seluruh Malaysiayang turut sama hadir ke Parlimen Kemaman, untuk bersama terbabit dalam aktiviti proses demokrasi pilihan raya

"Sekali lagi, dari sudut hati saya, terima kasih dan saya akan ingat perjalanan ini sampai bila-bila," katanya.

/end

#prk kemaman, pilihan raya, pas,

From: Atiqah

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Disember 2023 @ 11:29 PM
Ahmad Samsuri memenangi kerusi Parlimen Kemaman selepas keputusan rasmi diumumkan di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Berlian Utama, Majlis Perbandaran Kemaman hari ini. FOTO ROHANIS SHUKRI
Ahmad Samsuri memenangi kerusi Parlimen Kemaman selepas keputusan rasmi diumumkan di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Berlian Utama, Majlis Perbandaran Kemaman hari ini. FOTO ROHANIS SHUKRI