FOTO HIASAN.
FOTO HIASAN.
BERNAMA

Labuan: Kerajaan Persekutuan kekal komited menyalurkan subsidi tahunan sebanyak RM7 juta bagi pengguna pengangkutan laut yang berulang-alik antara Labuan, Sabah dan Sarawak tahun depan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Perbadanan Labuan (LC) berkata subsidi itu yang dilaksanakan sejak 2014 khusus untuk meringankan beban kewangan rakyat Malaysia yang melakukan perjalanan melalui laut ke dan dari pulau itu.

Peruntukan itu bagi menampung 50 peratus daripada tambang penumpang feri dan bot laju, menurut LC.

Laluan bersubsidi itu merangkumi Labuan-Menumbok-Labuan, Labuan-Kota Kinabalu-Labuan, Labuan-Sipitang-Labuan, Labuan-Limbang-Labuan dan Labuan-Lawas-Labuan.

Ketua Pegawai Eksekutif LC Rithuan Ismail berkata subsidi perjalanan laut itu bukan saja meringankan beban kewangan kepada penumpang di Sabah tetapi juga memberi manfaat kepada pengguna dari Sarawak yang melakukan perjalanan serupa.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Disember 2023 @ 3:57 PM