Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima akhbar percuma terbitan NSTP di Parlimen semalam.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima akhbar percuma terbitan NSTP di Parlimen semalam.
Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid


Kuala Lumpur: Sebanyak 300 naskhah akhbar terbitan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) diedar secara percuma di bangunan Parlimen bermula semalam sehingga 14 Disember ini.

Pengurus Pembangunan Perniagaan dan Projek Khas NSTP Tengku Kaifimirza Tuan Cherit berkata, edaran itu bermula 10 pagi di tiga lokasi iaitu pintu blok utama, ruang rehat Ahli Dewan Rakyat dan ruang rehat Ahli Dewan Negara.

"Kita mulakan edaran ini bermula semalam sehingga 14 Disember ini kecuali Jumaat, Sabtu dan Ahad.

"Edaran ketiga-tiga akhbar iaitu Harian Metro, Berita Harian dan New Straits Times sebanyak 300 naskhah dibuat di tiga lokasi di bangunan Parlimen," katanya ketika ditemui Harian Metro, di sini, hari ini.

Turut melakukan pengedaran ialah Eksekutif Pembangunan dan Projek Khas NSTP iaitu Wan Fazly Hizam Wan Kadir dan Irza Shahril Razali.

Tengku Kaifimirza berkata, tujuan pengedaran ketiga-tiga akhbar berkenaan bagi menggalakkan budaya membaca dalam kalangan orang ramai.

"Kita juga mahu memaklumkan bahawa kita (NSTP) mempunyai edisi e-paper dengan harga yang menjimatkan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 November 2023 @ 4:59 PM