GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Zuliaty Zulkiffli


Sungai Petani: Polis masih menunggu laporan kimia untuk mengetahui punca sebenar seorang wanita orang kurang upaya (OKU) yang ditemukan mati di sebuah bilik sewa di Bandar Puteri Jaya, di sini, 20 November lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, setakat ini, kakak kepada wanita OKU terbabit yang berusia 30-an itu disambung reman sehingga 2 Disember ini untuk membantu siasatan.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung kes terbabit.

Media sebelum ini melaporkan, seorang wanita OKU lembam ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani.

Mangsa yang berusia 29 tahun tinggal di bilik sewa rumah itu bersama kakaknya yang berusia 36 tahun sejak Disember 2022.

Difahamkan, kakak mangsa menyedari adiknya tidak sedarkan diri selepas pulang dari kerja dan disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

Polis turut mengambil beberapa sampel kesan percikan darah selain merampas seterika serta penyapu di bilik sewa itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 November 2023 @ 1:40 PM