GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
Ercy Gracella Ajos

Kuala Lumpur: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda enam negeri sehingga 5 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam hantaran berkata, keadaan cuaca itu diramal berlaku di seluruh Perlis dan Pulau Pinang selain beberapa kawasan di Kedah, Perak, Pahang dan Sabah.

Katanya, di Kedah, keadaan cuaca itu dijangka berlaku di Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu manakala di Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar)

"Selain itu, di Pahang membabitkan kawasan Tanah Tinggi Cameron dan Lipis manakala di Sabah iaitu Pantai Barat (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Tawau (Tawau dan Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm) per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," katanya

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 November 2023 @ 4:02 PM