Lozeng sakit tekak Difflam hadir dalam dua pilihan iaitu DifflamAB dan Difflam HEXTRA dengan fungsi tersendiri. - FOTO Hiasan
Lozeng sakit tekak Difflam hadir dalam dua pilihan iaitu DifflamAB dan Difflam HEXTRA dengan fungsi tersendiri. - FOTO Hiasan
Nur Amirah Abd Rani

RENGSA, ketidakselesaan dan tekak kering adalah antara simptom biasa yang dialami oleh individu sakit tekak. 

Meski dilihat seperti gejala biasa, sakit tekak biasanya akan mengganggu aktiviti seharian individu seperti perit ketika makan dan minum, suara serak, dan ketidakselesaan pada tekak.

Walaubagaimanapun, gejala ini boleh menjadi serius sekiranya tidak diberikan rawatan awal. 

Lozeng sakit tekak seperti Difflam boleh diambil semasa tanda awal sakit tekak.

Lozeng sakit tekak Difflam hadir dalam dua pilihan iaitu DifflamAB dan Difflam HEXTRA dengan fungsi tersendiri. 

DifflamAB 

Bagi individu yang mengalami gejala sakit tekak biasa lozeng DifflamAB adalah pilihan sesuai. 

Ini kerana DifflamAB mengandungi dua bahan antiseptik yang membantu membunuh bakteria, mengurangkan jangkitan dan memberikan kelegaan sakit tekak kepada pengguna.

Hadir dalam pilihan perasa, lemon madu, individu kini tidak perlu lagi risau dengan rasa 'ubat' ketika makan lozeng. 

Difflam HEXTRA

Bagi mereka yang menderita sakit tekak yang perit, Difflam HEXTRA adalah pilihan lebih baik kerana ia mengandungi antiseptik dan anestetik setempat.

Fungsi antiseptik dan anestetik di dalam Difflam HEXTRA bertindak membunuh bakteria dan menghalang jangkitan serta membantu mengurangkan sakit dengan memberi rasa kebas yang melegakan. 

Penggunaan lozeng Difflam

                                                            DifflamAB dan Difflam HEXTRA sesuai diambil setiap dua hingga tiga jam sekali untuk kelegaan berpanjangan apabila diperlukan sahaja dan boleh digunakan oleh orang dewasa termasuk kanak-kanak berusia enam tahun ke atas.

Kedua-dua lozeng ini hadir dalam bentuk kotak berisi 12 biji lozeng Difflam HEXTRA dan 12 biji DifflamAB yang mudah dibawa ke mana-mana sekiranya diperlukan.

Hentikan ketidakselesaan dan sakit tekak sebelum bertambah teruk menggunakan lozeng DifflamAB dan Difflam HEXTRA di farmasi berdekatan atau layari www.difflamab.my untuk maklumat lanjut.

Baca label produk untuk maklumat lanjut. Sekiranya simptom berterusan, sila rujuk pakar kesihatan dan dapatkan rawatan dengan segera.

DifflamAB Honey Lemon - MAL09082784X

Difflam HEXTRA - MAL20076056X

KKLIU 2770/EXP 31.12.2025

Maklumat yang diberikan adalah untuk tujuan pendidikan dan komunikasi serta tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan peribadi. Semua maklumat yang diterbitkan dalam artikel ini bukan bertujuan untuk menggantikan nasihat doktor atau rawatan untuk sebarang perubatan khas.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 November 2023 @ 9:11 PM