GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Sembilan sekolah antarabangsa di Lembah Klang dilaporkan menerima laporan palsu berkaitan ancaman bom, pagi ini.

Ancaman bom itu membabitkan tujuh sekolah antarabangsa di Selangor, dua lagi sekolah di ibu negara.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan pihaknya menerima tujuh hantaran emel mendakwa tujuh sekolah di Shah Alam, Petaling Jaya dan Kajang dalam bahaya berikutan ancaman bom itu.

"Bagaimanapun sebaik unit pemusnah bom Polis Diraja Malaysia (PDRM) tiba dan membuat pemeriksaan mendapati perkara itu tidak benar.

"Siasatan lanjut dijalankan dan saya akan keluarkan kenyataan media berkaitan kes ini," katanya ketika dihubungi hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid turut mengesahkan pihaknya menerima dua laporan palsu berkaitan ancaman bom di ibu negara.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 November 2023 @ 3:35 PM