LAPORAN terdahulu Harian Metro
LAPORAN terdahulu Harian Metro
Muhaamad Hafis Nawawi


Subang Jaya: Lelaki pemastautin tetap (PR) warga Australia yang kencing di tiang tempat letak kenderaan sebuah pasar raya di Subang Jaya sudah ditahan hari ini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, lelaki berusia 32 tahun itu hadir menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, 11.15 pagi ini sebelum ditahan.

Menurutnya, lelaki itu datang ke Malaysia kerana ingin melawat keluarganya.

"Semakan mendapati lelaki itu tiada rekod jenayah," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Harian Metro hari ini melaporkan polis mencari lelaki terbabit selepas rakaman video perbuatannya itu tular di media sosial.

Hasil siasatan mendapati kejadian berlaku pada 16 November lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 November 2023 @ 2:57 PM