Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Maran Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib kini sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), di sini.
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, Ismail tidak boleh dilawati dan memohon semua pihak mendoakan beliau agar sembuh dengan segera.
"Saya nak maklumkan bahawa sahabat kita Maran (Ismail), berada di IJN.
"Beliau tidak boleh dilawati. Namun, kita berdoa agar sahabat kita dilindungi Allah dan sembuh dengan segera," katanya hari ini.
Pada September lalu, Johari dilaporkan meminta agar semua Ahli Parlimen menjalani pemeriksaan kesihatan.
Ia susulan saranan Kementerian Kesihatan (KKM) mahu pemeriksaan kesihatan dibuat secara tetap terhadap semua Ahli Parlimen demi memastikan tahap kesihatan mereka berada dalam keadaan baik.