ALEXANDER (dua kiri) bersama Hamzah (dua kanan) melawat tol Assam Jawa selepas melancarkan pembukaan Lebuhraya WCE Seksyen 6 persimpangan bertingkat Bandar Bukit Raja ke Persimpangan Assam Jawa. FOTO Hazreen Mohamad
ALEXANDER (dua kiri) bersama Hamzah (dua kanan) melawat tol Assam Jawa selepas melancarkan pembukaan Lebuhraya WCE Seksyen 6 persimpangan bertingkat Bandar Bukit Raja ke Persimpangan Assam Jawa. FOTO Hazreen Mohamad
Amirul Aiman Hamsuddin


Kuala Selangor: Kementerian Kerja Raya (KKR) sedang memperhalusi tuntutan 18 syarikat yang menguruskan 33 konsesi lebuh raya supaya kerajaan memberi pampasan secara tunai dan bukan rebat cukai bagi sembilan hari yang diwartakan sebagai hari tol percuma setiap tahun.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, sebelum ini rundingan dan perbincangan sudah dilakukan bersama pihak terlibat.

"Apabila mereka (syarikat) buat tuntutan seperti ini, ianya perlu diperhalusi dengan peringkat atasan lain dan agensi berkaitan seperti Kementerian Kewangan," katanya pada sidang media selepas majlis pembukaan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) Seksyen 6 dari persimpangan bertingkat Bandar Bukit Raja Utara ke persimpangan bertingkat Assam Jawa, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Lebuhraya WCE, Datuk Ir Hamzah Hasan.

Sembilan hari tol percuma itu adalah dua hari untuk Hari Raya, Tahun Baharu Cina, Deepavali dan Krismas, dan satu hari untuk Hari Kebangsaan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 November 2023 @ 4:54 PM