Bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang. FOTO Nurul Hidayah Bahaudin
Bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang. FOTO Nurul Hidayah Bahaudin
Nurul Hidayah Bahaudin


Kajang: Bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, 2 petang tadi.

Beliau hadir untuk memberi keterangan berhubung video perbualan miripnya dengan seorang kakitangan J-KOM yang tular dan dilaporkan disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Mohammad Agus yang memakai baju kemeja berwarna biru tiba di IPD Kajang dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) dan ditemani peguam, Faizal Abd Rahman.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Mohammad Agus dijangka hadir di IPD Kajang untuk dirakam percakapan berhubung kes berkenaan, hari ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dipetik berkata, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani pula akan dipanggil untuk dirakam keterangan.

Beliau turut memaklumkan terdapat beberapa individu lain juga dijangka akan dipanggil bagi membantu siasatan kes terbabit.

Sebelum ini, media melaporkan Polis Selangor menerima laporan berhubung rakaman video tular mengenai perbualan lucah didakwa membabitkan dua individu termasuk seorang yang mirip Mohammad Agus.

Rakaman video berdurasi tiga minit yang tular sejak Khamis lalu menjadi topik hangat di media sosial, berikutan individu berkenaan dikenali umum.

Susulan itu, Mohammad Agus meletak jawatan sebagai Ketua Pengarah J-KOM mendakwa video perbualan yang mengaitkan dirinya adalah palsu dan disunting pihak tidak bertanggungjawab.

Dakwanya, tindakan itu dipercayai sengaja dilakukan individu tertentu dengan niat mahu menjatuhkan reputasinya.

Pada sidang media khas berhubung isu itu, pegawai J-KOM yang dikaitkan dengan video tular itu, Abdul Wahab mendakwa dirinya dijadikan kambing hitam untuk menjatuhkan Mohammad Agus oleh individu bernama Mr H.

Abdul Wahab dilapor berkata, rakaman video perbualan itu yang tular di media sosial sejak Khamis lalu adalah palsu dan disunting pihak tidak bertanggungjawab.

Berita berkaitan:

Agus dipanggil hari ini, Wahab dalam masa terdekat

Sukar edit video babitkan 2 individu - Aktivis Siber

Kertas siasatan kes video tular dikaitkan Agus, Wahab diserah kepada Bukit Aman, USJT ambil alih

Isu borak lucah Agus, Armada mahu polis siasat ketulenan

Polis siasat identiti 'Mr H'

'Saya bukan Mr H'

Che'gu Bard cabar Abdul Wahab dedahkan identiti Mr H

Anggap Wahab seperti anak sendiri

Ada pihak tidak puas hati prestasi saya - Dr Agus

Polis siasat video tular dikaitkan Dr Agus

'Saya jadi 'kambing hitam', Mr H arah rakam panggilan video bersama Dr Agus' - Abdul Wahab

Ketua Pengarah J-KOM sah letak jawatan

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 November 2023 @ 2:37 PM