KAWASAN bandar Beit Lahya yang teruk dibom pesawat tentera Israel sejak semalam.
KAWASAN bandar Beit Lahya yang teruk dibom pesawat tentera Israel sejak semalam.
Mohd Jamilul Anbia Md Denin


Kuala Lumpur: Jenayah perang dilakukan tentera Israel terhadap penduduk Palestin di Semenanjung Gaza memasuki hari ke 39 semalam sudah meragut 11,500 nyawa.

Pejabat media kerajaan Hamas dalam kenyataannya memaklumkan, angka terbaru itu meningkat berbanding 11,320 nyawa terkorban kelmarin.

Berdasarkan maklumat dikongsi, jumlah mangsa yang cedera ringan atau cedera parah turut meningkat kepada 29,800 orang berbanding

29,200 mangsa kelmarin.

Angka terbaru itu direkodkan pejabat media kerajaan Hamas sehingga jam 6 petang semalam.

Sementara itu Pengerusi Muslim Care Malaysia Cawangan Palestin Abu Ayesh Al Najjar memaklumkan serangan berterusan tentera Israel turut ditujukan terhadap penduduk di bandar Beit Lahya sehingga awal pagi ini,

Menurutnya, ramai penduduk mengalami sesak nafas dan terkorban susulan serangan tentera Israel yang menggunakan bom fosforus serta bom asap di bandar utara Gaza itu.

"Kanak-kanak dan wanita terus menjadi sasaran utama serangan dan pembunuhan tentera kejam Israel.

"Serangan udara sama turut meragut berpuluh nyawa penduduk di kawasan Nusirat. Malah terdapat sebuah sekolah hasil sumbangan rakyat Malaysia turut dibom pesawat tentera Israel menyebabkan ramai terkorban," katanya.

.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 November 2023 @ 8:10 AM