PENDUDUK sekitar Bangi dan Semenyih terpaksa berpindah selepas kediaman mereka dinaiki air sejak awal pagi tadi. FOTO Ihsan Pembaca
PENDUDUK sekitar Bangi dan Semenyih terpaksa berpindah selepas kediaman mereka dinaiki air sejak awal pagi tadi. FOTO Ihsan Pembaca
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil


Kajang: Seramai 150 mangsa terpaksa berpindah berikutan kediaman mereka di sekitar Bangi dan Semenyih, di sini dinaiki air banjir sedalam 1.52 meter sejak awal pagi hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, kerja pemindahan dilaksanakan oleh Balai Bomba Penyelamat Bangi, Kajang, dan Semenyih.

"Banjir di Jalan Semenyih Indah 16 membabitkan air sedalam 1.52 meter menjejaskan 14 rumah dan seramai 50 mangsa dipindahkan pihak bomba.

"Di Kampung Bangi Lama, sebanyak 10 rumah terjejas akibat air banjir setinggi paras pinggang (dewasa), yang mana seramai 50 mangsa dipindahkan pihak bomba manakala kira-kira 100 lagi berpindah sendiri.

ANTARA mangsa banjir yang dipindahkan pasukan bomba.  FOTO Ihsan JBPM
ANTARA mangsa banjir yang dipindahkan pasukan bomba. FOTO Ihsan JBPM

Menurutnya, dianggarkan hampir 30 rumah terjejas akibat banjir di kawasan berkenaan sejak awal pagi tadi.

Katanya, pemerhatian pihak bomba mendapati trend air menunjukkan penurunan namun pasukan penyelamat akan terus bersedia untuk sebarang kemungkinan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 November 2023 @ 9:05 AM