KAKITANGAN awam mendengar pembentangan Belanjawan 2024. FOTO Mohd Fadli Hamzah
KAKITANGAN awam mendengar pembentangan Belanjawan 2024. FOTO Mohd Fadli Hamzah
Hayati Ibrahim


Kuala Lumpur: Kerajaan memperuntukkan RM393.8 bilion untuk Belanjawan 2024, iaitu belanjawan tertinggi yang pernah dibentangkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, daripada jumlah itu RM303.8 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus.

"Sementara itu, RM 90 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan tidak termasuk RM2 bilion untuk simpanan luar jangka," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Anwar berkata, ini membabitkan penambahan siling RMK-12 sebanyak RM15 bilion menjadikan jumlah RM415 bilion untuk tempoh lima tahun.

Beliau berkata, Belanjawan 2024 yang diungkapkan sebagai Belanjawan Madani Kedua menghamparkan tekad dan kesungguhan Kerajaan Perpaduan dalam memaknai sebuah cetusan nurani bagi mengangkat darjat harakat ekonomi negara dan rakyat.

"Belanjawan Madani Kedua sebagai kesinambungan dasar yang menelusuri Kerangka Ekonomi Madani.

Semua usaha yang dirangka akan menyusul setiap keutamaan dan penanda aras Ekonomi Madani yang dicerakinkan kepada tiga tumpuan utama.

"Pertama tatakelola terbaik demi ketangkasan perkhidmatan; penstrukturan semula ekonomi bagi melonjak pertumbuhan; dan ketiga peningkatan darjat hidup rakyat," katanya.

Liputan langsung Belanjawan 2024

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Oktober 2023 @ 4:39 PM