GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
BERNAMA

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan dakwaan bahawa jururawat di negara ini akan disuntik dengan vaksin Virus X, yang diramal menjadi satu ancaman pandemik baharu oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

KKM dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi akaun Facebooknya hari ini memaklumkan, maklumat berkenaan tidak tepat dan disifatkan tidak bertanggungjawab.

"Kenyataan itu boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap barisan hadapan petugas kesihatan khususnya jururawat yang telah menyumbang bakti mereka kepada negara," demikian menurut KKM.

Sehubungan itu orang awam dinasihatkan supaya menghentikan sebarang perkongsian maklumat palsu berkaitan vaksi berkenaan kerana ia boleh mengancam dan menimbulkan keresahan awam.

Orang ramai juga boleh melayari sesawang sebenarnya.my sebelum berkongsi berita yang tidak ditentukan kesahihannya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Oktober 2023 @ 6:43 PM