Lokasi kejadian lelaki warga emas berusia 71 tahun yang dijerut di leher dan tangan serta kakinya diikat di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil, semalam. FOTO IHSAN PDRM
Lokasi kejadian lelaki warga emas berusia 71 tahun yang dijerut di leher dan tangan serta kakinya diikat di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil, semalam. FOTO IHSAN PDRM
Zuliaty Zulkiffli


Baling: Dua lelaki direman selama enam hari untuk membantu siasatan kes kematian seorang warga emas di rumahnya di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, kedua-dua suspek berusia 23 dan 25 tahun itu direman bermula hari ini sehingga 7 Oktober ini.

"Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Mangsa dijerut di leher manakala kaki serta tangan diikat dipercayai menggunakan kain pelikat milik mangsa sendiri," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian itu, mangsa yang berusia 71 tahun tinggal bersendirian sejak isterinya meninggal lapan tahun lalu itu ditemukan di atas katil bilik utama dalam keadaan kaki dan tangannya diikat, manakala lehernya dijerut.

Siasatan di tempat kejadian mendapati tiada kesan pecah masuk pada rumah teres setingkat yang didiami mangsa, selain tiada rakaman visual kamera litar tertutup (CCTV).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Oktober 2023 @ 12:03 PM