PASUKAN bomba mengusung lelaki yang pengsan ketika mendaki bukit. FOTO Ihsan JBPM
PASUKAN bomba mengusung lelaki yang pengsan ketika mendaki bukit. FOTO Ihsan JBPM
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil


Cheras: Seorang lelaki tempatan pengsan ketika mendaki di Bukit Apek, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba Penyelamat Pandan Indah dikerah ke lokasi sejurus menerima laporan jam 3.08 petang.

"Mangsa lelaki tempatan berusia 51 tahun didapati pengsan ketika dalam perjalanan turun ke kaki bukit bersama 10 rakan.

"Jam 3.35 petang pasukan penyelamat mula naik ke lokasi dan tiba 3.59 petang. Jarak dianggarkan 272 meter dari pintu masuk ke kaki bukit," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kerja penyelamatan sedang dijalankan pasukan bomba.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 September 2023 @ 6:16 PM