Mangsa yang dipindahkan ke PPS SMK Changlun berikutan banjir kilat yang melanda dua kampung di kawasan itu sejak malam tadi. FOTO IHSAN APM
Mangsa yang dipindahkan ke PPS SMK Changlun berikutan banjir kilat yang melanda dua kampung di kawasan itu sejak malam tadi. FOTO IHSAN APM
Zuliaty Zulkiffli


Changlun: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun meningkat pagi ini.

Setakat 8 pagi, 61 mangsa daripada 18 keluarga direkodkan berbandingkan 21 mangsa (6 keluarga) pada 11 malam tadi.

Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata, semua mangsa dari Kampung Paya Nangmah dan Kampung Paya Nongmi di sini.

"Keadaan air sungai semakin naik selepas hujan berterusan dan pemantauan sedang dilakukan anggota APM Kubang Pasu di kawasan terjejas.

"Kesemua mangsa yang dipindahkan adalah 21 lelaki dewasa, wanita dewasa (18), kanak-kanak (17), warga emas (3) dan bayi (2)," katanya yang memberitahu PPS itu dibuka sejak 6 petang semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 September 2023 @ 9:43 AM