DR Zaliha (kanan) di Institut Urologi dan Nefrologi. FOTO Hazreen Mohamad
DR Zaliha (kanan) di Institut Urologi dan Nefrologi. FOTO Hazreen Mohamad
BERNAMA

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan (KKM) berharap peruntukan lebih tinggi diberikan kepada kementerian itu melalui Belanjawan 2024 bagi membolehkan lebih banyak inisiatif untuk kesejahteraan rakyat dilaksanakan.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata ia termasuk usaha menaik taraf 436 kilinik-klinik kesihatan daif di seluruh negara dan membina 300 lagi klinik baharu di kawasan-kawasan terpilih.

"Kalau boleh kita nak peruntukan lebih daripada tahun ini yang berjumlah RM36.3 juta kerana kita hendak melaksanakan pelbagai perkara. (Kalau) Tidak silap ada tujuh keutamaan telah diberikan kepada Kementerian Kewangan untuk penelitian dalam belanjawan, termasuk usaha untuk meneruskan Skim Perubatan MADANI," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Projek Kompleks Dewan Bedah, Unit Rawatan Rapi (ICU) dan wad tambahan Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang turut dihadiri Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi di sini hari ini.

Belanjawan 2024 dibentang pada 13 Okt ini dijangka terus memberikan tumpuan kepada kebajikan rakyat, bantuan diteruskan serta ditambah baik, begitu juga pembangunan prasarana negara.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 September 2023 @ 6:02 PM